Jumaat, 19 Jun 2009

Kehendak Allah vs Kehendak Manusia

fahamilah kehendak Allah.....

Kehendak manusia:
Aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi orang pandai, nanti mudah untuk lulus periksa dan dapat degree. Orang tentu akan hormat padaku.

Kehendak Allah:
Walaupun engkau rajin belajar, belum tentu engkau lulus. Apakah engkau jamin kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu?Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau lebih pandai dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang lain dengan kepandaian yang engkau miliki itu. Kalau begitu, bukankah lebih selamat engkau menjadi orang tidak pandai?


Kehendak manusia:
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencari kekayaan.Nanti aku dan keluargaku tidak hina dipandangan masyarakat. Aku ingin berbakti kepada orang susah dan miskin. Aku akan membela pelajar-pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran.

Kehendak Allah:
Tapi Aku tidak izinkan engkau menjadi kaya. Aku mahu engkau tetap sederhana. Mana engkau jamin engkau bermurah hati untuk menghulurkan sedekah bila kaya nanti. Engkau lebih susah untuk mengawal nafsumu.Aku lebih mengetahui membuaat ukuran sejauh mana kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun rezeki yang Aku berikan tidak mencukupi, disitu ada didikan dan pengajaran yang mesti engkau pelajari.Tapi kalau kerana itu engkau tidak bersabar menerimanya, maka engkau memang seorang yang tidak bersyukur.

Kehendak manusia:
Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya aku mudah untuk beramal ibadah. Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid.Kalau murah rezeki pula, aku akan membawa keluargaku menunaikan haji

Kehendak Allah:
Walaupun engkau ingin tubuh badan yang sihat, tapi aku sengaja uji engkau dengan kesakitan. Adaakah engkau rasa kalau tubuh badanmu sihat, engkau boleh buat ibadah?Tapi Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat, engkau akan buat dosa, buat maksiat. Tapi kalau engkau sakit,barulah engkau beringat-ingat.

(Diambil dari majalah Perutusan Hawa,edisi ke 14.muka surat 24)

Ketahuilah ada hikmah disebalik setiap pekara yang berlaku yang mungkin kau ketahui dan mungkin juga ia akan dihijabkan dari pengetahuan engkau buat selama-lamanya.Ingatlah...mungkin apa yang kamu suka itu bukan yang terbaik untukmu dan mungkin apa yang kau tidak suka adalah yang terbaik untuk engkau.Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.Sentiasalah bersyukur terhadap semua nikmatnya dan juga semua dugaan yang Dia berikan...kerana dugaan itu ujian dan nikmat itu juga ujian.Hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan ini.

Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian,takkan di rasai kehambaan tanpa munajat,takkan dirasai keinsafan tanpa muhasabah..banyak mana ujian Allah,banyak itulah kasih sayangNya...


TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI


Sebenarnya artikel ini dipetik didalam iLuvislam.com..sila lawari laman ini untuk membaca artikel asal = https://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1525.Untuk pengetahuan pembaca tulisan berwarna biru adalah komen atau pendapat pembaca yang membaca dari atikel asal yang ana copy kerana tertarik dan mempunyai pendapat yang sama dengan pembaca tersebut.

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
www.iluvislam.com
mufidah
azzahra_solehah


Berikut adalah tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

2.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! (maksudnya tegas bukan lemah-lebut sangat dan bukannya terlalu keras sehingga menyinggung perasaan lelaki beriman.pertengahan/sederhana)

Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

(komen dari mardhiafariha).tentang tutup muka dengan buku...bagi saya untuk permulaan takperlu... taaruf itu penting..jika sang lelaki tidak menjaga batasnya barulah cara ini praktikal..takkan nak cakap dgn pensyarah pun kene tutup muka... penting untuk mudir mengenali ank muridnya... jadi... tengoklah situasi...jika keadaan perlu...PRAKTIKKAN! yang penting syariat tetap diamalkan!!! cuba bayangkan kalau semua muslimat tutp muka....siapa aishah? siapa zainab? siapa fatimah? jadi.. bersederhanalah...islam itu mudah tapi jangan ambil mudah..

(pandangan yoshitsune).......bagi ana, sekadar nampakkan yang kite bagi perhatian udah ler. xperlu pandang mata. tapi nak pandang mata pn leh jer asalkan xberlebihan. pk balik, kalo nak kawin pn kn tgk gak kan, tapi belum tntu kawin tyme tuh. so camner plak tuh?

ana penah buat biler muslimat tanya satu soklan ngan ana dari bahagian kiri ana, ana xpandang mata langsung, muka pun ana xberganjak. just cakap dalam keadaan muka tegak kehadapan sedangkan penanya berada di bahagian kiri. maka hasilnye, dapatla ana kutukan dan sumpah seranan dari muslimat tuh. short word dia = sombong n mmg menyakitkan hati. so ana da wat kesimpulan yang ana akan pandang mata sekadar perlu jer biler bercakap n akan mengeruhkan muka (buat2 berfikir la) bile berkomunikasi. biar jelas keseriusan kite dalam berkomunikasi

sabda nabi '' ada 4 golongan yang bila kamu beri hormat yang berlebihan, pasti dia akan menginjak kepala kamu. salah satu darinye ialah wanita. (xkire la solehah atopn yang xberape nak solehah). tetamu, orang yang lalu lalang di jalanan n lagi satu ana luper. harap paham2 la. pmpn fitnah biler xterjaga. biler terjaga = fitrah... amin.. ambil pedoman dari yang hidup

(pendapat dari abu_humaira)saya agak tidak sependapat di dalam point yg ke 4 kerana bukan semua pandangan itu haram...

menurut yusuf Qardhawi, maksud ayat 30-31 surah An Nuur, Allah menggunakan perkataan "min" yang membawa maksud sebahagian, iaitu sebahagian pandangan...dari situ di ambil maksud bahawa bukan semua pandangan itu haram...ulama' meletakkan beberapa kondisi di mana pandangan kepada bukan sejenis menjadi tidak haram:

1) Ketika belajar

2) Doktor kepada pesakit

3) Dalam urusan jual beli

4) Dalam membincangkan maslahat ummat

5) etc (sy x berapa ingat, asif)

Makanya, jangan kita mempersempitkan urusan ini ketika mana Allah telah memudahkannya....Dan untuk ayat 53 surah al Ahzab yg berkaitan tabir untuk para isteri Nabi, jumhur mengatakan ayat itu khusus untuk isteri nabi shj dan bukan kepada muslimat secara amnya...Bagi orang yang mempersempitkan isu ini (menundukkan pandangan), yusuf Qardhawi meninggalkan satu soalan untuk kalian...."Apakah syariat Allah masih belum sempurna sehingga kamu perlu mempersempitkannya?"wallhua'lam.

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

( komen dari mardhiafariha)tentang buat cepat2.. ianya nampak sgt seperti kita tak komited dalam tugasan..isikan perbincangan itu dengan perkara yang berfaedah sahaja dan berkaitan dengan tugasan..bukankah seorang muslim patut mmbuat pekrjaan dgn bersgguh3. cuba kawal perbincangan jangan sampai malalut dengan berhikmah..muslimin juga patut ambil peranan. bukankah ramai sahabat selalu merujuk pada saydatina aishah tntg hadis nabi.... adakah aishah akan buat2 x peduli dan cpt tgglkan org yg bertanya padanya....bersederhanalah..

6.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.





BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN

KECANTIKAN ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN AKHLAK DAN KATINGGIAN ILMU,BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA

Wanita, Allah ciptakan kamu dgn satu keindahan yg cukup mempersonakan... jd jagalah setiap detik langkahmu dan adabmu...Wanita, kau diciptakan dari rusuk nabi adam... bukan di kepala utk dijunjung dan bukan di kaki utk dibuat alas... tp dekat dgn hati utk dikasihi dan disayangi...Namun hakikatnya, kita harus menyedari bahawa, mencari wanita solehah pd hari ini.. amat sukar

buat sahabiah, jagalah diri anda sebaiknye..andalah permata islam yg sangat berharga....buat muslimin plak, cubelah fahami seseorg akhowat itu kalau die cube menjaga batasan pergaulan sebaiknye.... pesanan buat diri ini juga yang serba kekurangan... segala teguran amat dialu-alukan...

Salam...Ape2 pun kte sbagai org Islam kna yakin dgn ape yg kte wat...Kna yakin ape yg kte wat selalu dilihatNYA...n tuntutlah ILMU sehingga sentiasa sbb smkin byk kte mnuntutmaka smkin kte taw betapa byknya kebodohan kte...


tetapi ingatlah...Sesungguhnya, yang lebih bijak antara kamu adalah yang lebih hikmahnya.Lihatlah, kamu menjalankan suatu hukum Allah dan meninggalkan yang lain. Sesungguhnya tuhan mu tidak suka kepada orang2 yang melampaui batas.Sesungguhnya pada muhammad itu adalah contoh tauladan yang baik.

Khamis, 23 April 2009

Dimana cinta sejati?

Kata Imam Ibnu Athaillah”la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun!”ertinya”tidak ada yang dapat mengusir nafsu atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang mengetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!”

Perasaan cinta pada seseorang itu adalah melandaskan nafsu jika ia menyakitkan. Cinta sejati itu menyembuhkan bukan menyakitkan. Perasaan itu tidak boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika memiliki dua hal

Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang mengetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kepada rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada selainNya. Itulah yang membuatmu terseksa.

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla

Ahad, 19 April 2009

Pengajaran dari pohon semalu

“Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sepohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puterinya kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kaya-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan mengucup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan meruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendiri apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Sabtu, 18 April 2009

Scalloped Potatoes

Atas permintaan beberapa sahabat usrah...ana terpaksa mem'post' recepi masakan yang kami buat sewaktu usrah. Ana dan zty diamanahkan untuk mencari recepi untuk memasak sewaktu pertemuan usrah semalam. Jadi sebelum tu ana pun carila dalam internet recepi yang senang masak dan senang nak cari bahan. Rasa makanan ni agak ber'cheese' mungkin sebab susu yang dipanaskan dengan suhu tinggi jadi mengubah molecule susu tu(bak kata wtp). Ana sebenarnya tak suka makan makanan yang rasanya macam cheese yang tak dimasak. jadi agak muak sikit. Tapi sedap jugak sebab makan dengan kuah spageti..


senang je buat kuah dia.Tumis 3/5 ulas bawang putih dan 1 biji merah yang telah dipotong. Bila dah wangi masukkan daging cincang. Bila daging dah masak campur sos temato puri. Tambah rempah(selalunya ana masukkan origano,thyme,pasley) dan garam secukup rasa. Bila dah naik minyak..siap

Ingredients
Serves 14 to 20
3 pounds Yukon gold potatoes, peeled and sliced paper thin(zty)
3 cups milk(mar)
1 clove garlic(syera)
3 tablespoons unsalted butter, softened(syera)
Coarse salt and freshly ground black pepper(tijah)
1 cup heavy cream(wtp)
5 ounces Gruyere cheese, grated(syaz)


Directions
1.Preheat oven to 325 degrees with a rack set in the lower third of oven. Combine sliced potatoes and milk in a large saucepan over high heat. Bring to a boil, and immediately reduce heat to low; cover and simmer until potatoes are just tender, about 3 minutes.
2.Place a colander over a large bowl and drain potatoes, reserving milk. You should have 2 cups of thick, starchy milk. If potatoes have absorbed more than 1 cup of milk, add enough milk to bring the reserved milk volume to 2 cups.
3.Rub a 3 1/2-quart oval baking dish with garlic and butter. Arrange sliced potatoes in the baking dish; season with salt and pepper. Dot with remaining butter and pour over reserved cooking milk and cream. Sprinkle cheese over top.
4.Transfer baking dish to oven and bake until cheese becomes deep golden brown and milk has reduced and thickened, 80 to 90 minutes. Remove from oven and serve immediately.




refer to this link for more recipe http://www.marthastewart.com/ (this is my favorite tv show) recipe for scalloped potatoes is from the April 1998 issue of Martha Stewart Living. First published: December 2007

Isnin, 13 April 2009

Tanda kasih sayang Allah pada wanita

Jika diberi pilihan sama ada ingin memilih antara dua buah jam, satunya dalam bekas kaca yang berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah yang tidak tertutup. Yang mana satu yang akan dipilih?

Pastinya akan memilih yang tertutup bukan?jika jam yang tidak tertutup tentunya banyak debu yang melekat.Yang telah dibelek-belek orang, hilang serinya. Malahan telah menjadi tontonan semua orang, hilang keunikannya. Harganya pastinya murah, tidak ada ‘class’.


Jika memilih jam yang tertutup dengan kain baldu,walaupun mahal tapi berbaloi. Yang mahal ini selalunya berkualiti,tertutup,dibungkus,dijaga rapi bukan hanya berlambak dalam rak di pasaran.


Begitulah juga seorang muslimah,mereka berusaha memilih pakaian menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan mereka. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpilihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi.


Kalau kita nakkan sesuatu yang mahal dan istimewa begitulah Allah nak suruh kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yang tercemar oleh debu,begitulah Allah tak nak aurat kita tercemar oleh pandangan kejahatan. Apa yang penting, Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna kerna Allah sayangkan kita. Allah terlalu sayangkan kita.


Kalau barang yang kita milik kita , apa yang kita sayang dan hargai tentu kita jaganya sebaik mungkin malah membalutnya,menudung dan menyampul sekemas-kemasnya. Begitulah juga salah satu cara Allah nak tunjukkkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat.Dengan tabir diri, kita akan terpelihara cantik, unggul dan istimewa.


Ingatlah selalu bahawa kita menutup aurat bukan kerana manusia tapi semata-mata kerana Allah. Jangan biar kata-kata manusia menjadi penghalang untuk meneruskan syariat Allah. Jangan biar kata manusia menyebabkan kita lemah untuk berusaha menutup aurat sesempurna mungkin mengikut ijtihad yang kita yakini. Biarlah kita tidak mendapat pandangan manusia asal pandangan Yang Maha Penyayang kita miliki. Cukuplah pandanganNya.

Khamis, 19 Mac 2009

Sabtu, 28 Februari 2009

kisah dua bidadari

Hari ini ana nak post sebuah cerita yang ana petik dari majalah Hundred80̊_2008 special editon. Majalah ini telah dihadiahkan oleh sahabat ana,Hasnin Najihah^_^.syukran hasnin,pemberian anti sangat berharga! Majalah ini sebenarnya adalah hasilan titik peluh kelab islamic Arts Club dari kolej Mara Banting untuk menyebar mutiara dakwah … tapi rasanya tidak salah ana berkongsi bersama insan-insan yang lain.. lagi pun ketua editor 180̊ yang cakap”semoga segala yang baik daripada Allah di dalam majalah ini disebarkan kepada insan-insan yang lain”. Bagi ana artikel ni sangat istimewa kerana ana suka pendekatan kakak dalam kisah ini menjawab persoalan adik. Caranya sangat lembah lembut dan berhikmah serta reliven dengan keadaan sekarang. Moga sama-sama dapat kita petik kebaikan dari artikel ini. InsyaAllah
Bertanya si adik pada sang bidadari berwajah manusia…
“Wahai kakakku, kenapa lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja?”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,” Wahai adikku.bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai diguna sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi ‘izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.”

Si adik tidak puas hati. Lalu dipertikaikan lagi,”Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.”Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya?Wahai para lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tunduklah pandanganmu, dan tutuplah auratmu(rujuk kembali surah AnNur ayat 30 dan31). Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hambanya yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mugkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupa pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu,mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita yang suci. Namun…wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jika kalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesugguhnya wanita yang beriman yang soleh itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.”

Adik masih tidak puas hati.”Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah manusia mengutum senyum penuh makna. Adus,semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!”Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-Haya’nya lebur,imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasa diri tidak cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku..wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.”

Adik mengaru-garu kepala.”Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Wahai adikku, dizaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga lihat pada hatinya…pada akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan toleh. Namun adikku..jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana dalam hati-hati mereka tetap ada satu permata indah..perasaan cinta pada Allah..kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada pada jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang-kadang ‘term’ solehah itu terasa berat dibahu mereka..kadang mereka takut pada persepsi wara’ dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada ‘stage’ yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa..Allah tidak menjadikan makhluk(ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. Bila mana dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam..Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini…Ditinggikan martabat golongan Hawa ini..tapi sayang..golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan…
Wahai adikku..1001 keindahan penciptaan wanita…pandai-pandailah dikau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir…..
Wahai adikku..wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah…tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya..mungkin bukan di dunia..tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia..asalkan bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang sangat besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.Wahai adikku..sesungguhnya tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!..Alangkah bertuah dirimu adik..Dan aku?hanya bidadari berwajah manusia…berhakkah menjadi bidadari syurga?Wallahu’alam.

Rabu, 18 Februari 2009

hanya kerana anjing

Seorang sufi menceritakan pengalamannya dalam perjalanan dalam bersama as-Syibli. Katanya,Aku berjalan berjalan bersama as-Syibli. Beliau baharu sahaja membeli sepotong kain untuk dijadikan sapu tangan. Dalam perjalanan itu beliau melihat bangkai seekor anjing,lalu beliau berkata kepadaku,”pakaikan pakai ini sebagai kafan,kemudian kuburkannya!”.
Aku segera m engangkat bangkai anjing itu dan aku letakkan di suatu tempat dan kain iu aku basuh. Setelah aku kembali beliau bertanya “Sudahkah engkau melaksanakan yang semestinya?”.
Aku menjawab,”Tidak!”.
Beliau diam dan aku pun bertanya,”Apakah sebabnya tuan menyuruh aku berbuat demekian?”
Beliau menjawab ,”Memang benar,kali pertama aku melihat bangkai anjing itu sangat memualkan,lalu aku dengar suara kecil hati kecilku mengatakan,`Bukankah kami yang menciptakannya?`. Kemudian aku menyuruh engkau mengkuburkan bangkai tersebut,sebagai kaffarah(denda) terhadap perasaan yang terlintas di hatiku.”



Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,bermaksud,”Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang nama asalnya adalah Yashkur. Akan tetapi,oleh sebab beliau sering menangisi kesalahanya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau,”Oleh sebab rintihanmu,maka namamu Aku ganti dengan Nuh.”
Para sahabat bertanya, “ Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing,lalu terdetik dalam hatinya`alangkah buruknya anjing itu`.Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan baginda supaya mencipta yang lebih baik daripada itu”.


Asthagrfirullah!..mereka hanya terlintas dihati mereka,tapi rasanya kita pernah menitikan kutukan pada makluk tersebut dari mulut kita sendiri.Mungkin antumna tidak pernah tapi ana pernah.Ana juga pernah mendengarnya dari mulut segelintir umat Islam. Pernah suatu ketika ana memuji anjng itu cute dan comel,tapi ada makhluk Allah membuat mimik muka menunjukkan rasa jijik yang teramat. Sejak kejadian itu membuat ana rasa serba salah untuk memuji makhluk ini. Hina sangat ke anjing ni?. Walaupun ia hanya seekor anjing yang menjadi najis kepada umat Islam tetapi ia tidak bermakna kita layak menghina ciptaan Allah ini. Bukan anjing sahaja akan tetapi kita juga pernah menghina makhluk lain yang bukan najis,bahkan saudara kita sendiri! Tidakkah kita ingat bahawa ada hamba Allah yang dapat masuk ke Syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing kehausan dengan kasutnya sendiri.
Malahan ada yang membandingankan manusia dengan makhluk ini seakan-akan makhluk ini terlalu hina dipandangan manusia. Sehingga perbandigan ini menjadi perkara biasa untuk menunjukkan seseorang/kaum itu sesangat hina.Tetapi sedar tak kita bahawa makhluk ini lebih mulia dari manusia yang lalai mengingati Allah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dan mengulangi tiap-tiap satu tasbih masing-masing yang telah Allah ajarkan. Mereka juga tidak pernah melanggarfitrah mereka.Tapi kita?hanya bertasbih seusai solat dan sebelum tidur.Atau mungkin kadang-kadang apabila melihat keindahan Allah atau mendapat nikmat…Sewaktu kita ada masa walaupun seminit dua adakah kita akan berzikir(mengigati) padaNya?..ow mungkin ya,hanya apabila kita ingat sahaja..sesudah itu kita lupa kembali..Mungkin cerita ini sudah biasa didengari,tapi sudahkah kita mengamalkannya?Hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui.