Sabtu, 28 Februari 2009

kisah dua bidadari

Hari ini ana nak post sebuah cerita yang ana petik dari majalah Hundred80̊_2008 special editon. Majalah ini telah dihadiahkan oleh sahabat ana,Hasnin Najihah^_^.syukran hasnin,pemberian anti sangat berharga! Majalah ini sebenarnya adalah hasilan titik peluh kelab islamic Arts Club dari kolej Mara Banting untuk menyebar mutiara dakwah … tapi rasanya tidak salah ana berkongsi bersama insan-insan yang lain.. lagi pun ketua editor 180̊ yang cakap”semoga segala yang baik daripada Allah di dalam majalah ini disebarkan kepada insan-insan yang lain”. Bagi ana artikel ni sangat istimewa kerana ana suka pendekatan kakak dalam kisah ini menjawab persoalan adik. Caranya sangat lembah lembut dan berhikmah serta reliven dengan keadaan sekarang. Moga sama-sama dapat kita petik kebaikan dari artikel ini. InsyaAllah
Bertanya si adik pada sang bidadari berwajah manusia…
“Wahai kakakku, kenapa lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja?”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,” Wahai adikku.bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai diguna sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi ‘izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.”

Si adik tidak puas hati. Lalu dipertikaikan lagi,”Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.”Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya?Wahai para lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tunduklah pandanganmu, dan tutuplah auratmu(rujuk kembali surah AnNur ayat 30 dan31). Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hambanya yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mugkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupa pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu,mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita yang suci. Namun…wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jika kalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesugguhnya wanita yang beriman yang soleh itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.”

Adik masih tidak puas hati.”Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah manusia mengutum senyum penuh makna. Adus,semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!”Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-Haya’nya lebur,imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasa diri tidak cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku..wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.”

Adik mengaru-garu kepala.”Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Wahai adikku, dizaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga lihat pada hatinya…pada akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan toleh. Namun adikku..jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana dalam hati-hati mereka tetap ada satu permata indah..perasaan cinta pada Allah..kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada pada jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang-kadang ‘term’ solehah itu terasa berat dibahu mereka..kadang mereka takut pada persepsi wara’ dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada ‘stage’ yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa..Allah tidak menjadikan makhluk(ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. Bila mana dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam..Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini…Ditinggikan martabat golongan Hawa ini..tapi sayang..golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan…
Wahai adikku..1001 keindahan penciptaan wanita…pandai-pandailah dikau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir…..
Wahai adikku..wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah…tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya..mungkin bukan di dunia..tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia..asalkan bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang sangat besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.Wahai adikku..sesungguhnya tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!..Alangkah bertuah dirimu adik..Dan aku?hanya bidadari berwajah manusia…berhakkah menjadi bidadari syurga?Wallahu’alam.

Rabu, 18 Februari 2009

hanya kerana anjing

Seorang sufi menceritakan pengalamannya dalam perjalanan dalam bersama as-Syibli. Katanya,Aku berjalan berjalan bersama as-Syibli. Beliau baharu sahaja membeli sepotong kain untuk dijadikan sapu tangan. Dalam perjalanan itu beliau melihat bangkai seekor anjing,lalu beliau berkata kepadaku,”pakaikan pakai ini sebagai kafan,kemudian kuburkannya!”.
Aku segera m engangkat bangkai anjing itu dan aku letakkan di suatu tempat dan kain iu aku basuh. Setelah aku kembali beliau bertanya “Sudahkah engkau melaksanakan yang semestinya?”.
Aku menjawab,”Tidak!”.
Beliau diam dan aku pun bertanya,”Apakah sebabnya tuan menyuruh aku berbuat demekian?”
Beliau menjawab ,”Memang benar,kali pertama aku melihat bangkai anjing itu sangat memualkan,lalu aku dengar suara kecil hati kecilku mengatakan,`Bukankah kami yang menciptakannya?`. Kemudian aku menyuruh engkau mengkuburkan bangkai tersebut,sebagai kaffarah(denda) terhadap perasaan yang terlintas di hatiku.”



Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,bermaksud,”Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang nama asalnya adalah Yashkur. Akan tetapi,oleh sebab beliau sering menangisi kesalahanya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau,”Oleh sebab rintihanmu,maka namamu Aku ganti dengan Nuh.”
Para sahabat bertanya, “ Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing,lalu terdetik dalam hatinya`alangkah buruknya anjing itu`.Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan baginda supaya mencipta yang lebih baik daripada itu”.


Asthagrfirullah!..mereka hanya terlintas dihati mereka,tapi rasanya kita pernah menitikan kutukan pada makluk tersebut dari mulut kita sendiri.Mungkin antumna tidak pernah tapi ana pernah.Ana juga pernah mendengarnya dari mulut segelintir umat Islam. Pernah suatu ketika ana memuji anjng itu cute dan comel,tapi ada makhluk Allah membuat mimik muka menunjukkan rasa jijik yang teramat. Sejak kejadian itu membuat ana rasa serba salah untuk memuji makhluk ini. Hina sangat ke anjing ni?. Walaupun ia hanya seekor anjing yang menjadi najis kepada umat Islam tetapi ia tidak bermakna kita layak menghina ciptaan Allah ini. Bukan anjing sahaja akan tetapi kita juga pernah menghina makhluk lain yang bukan najis,bahkan saudara kita sendiri! Tidakkah kita ingat bahawa ada hamba Allah yang dapat masuk ke Syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing kehausan dengan kasutnya sendiri.
Malahan ada yang membandingankan manusia dengan makhluk ini seakan-akan makhluk ini terlalu hina dipandangan manusia. Sehingga perbandigan ini menjadi perkara biasa untuk menunjukkan seseorang/kaum itu sesangat hina.Tetapi sedar tak kita bahawa makhluk ini lebih mulia dari manusia yang lalai mengingati Allah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dan mengulangi tiap-tiap satu tasbih masing-masing yang telah Allah ajarkan. Mereka juga tidak pernah melanggarfitrah mereka.Tapi kita?hanya bertasbih seusai solat dan sebelum tidur.Atau mungkin kadang-kadang apabila melihat keindahan Allah atau mendapat nikmat…Sewaktu kita ada masa walaupun seminit dua adakah kita akan berzikir(mengigati) padaNya?..ow mungkin ya,hanya apabila kita ingat sahaja..sesudah itu kita lupa kembali..Mungkin cerita ini sudah biasa didengari,tapi sudahkah kita mengamalkannya?Hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui.