Isnin, 13 April 2009

Tanda kasih sayang Allah pada wanita

Jika diberi pilihan sama ada ingin memilih antara dua buah jam, satunya dalam bekas kaca yang berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah yang tidak tertutup. Yang mana satu yang akan dipilih?

Pastinya akan memilih yang tertutup bukan?jika jam yang tidak tertutup tentunya banyak debu yang melekat.Yang telah dibelek-belek orang, hilang serinya. Malahan telah menjadi tontonan semua orang, hilang keunikannya. Harganya pastinya murah, tidak ada ‘class’.


Jika memilih jam yang tertutup dengan kain baldu,walaupun mahal tapi berbaloi. Yang mahal ini selalunya berkualiti,tertutup,dibungkus,dijaga rapi bukan hanya berlambak dalam rak di pasaran.


Begitulah juga seorang muslimah,mereka berusaha memilih pakaian menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan mereka. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpilihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi.


Kalau kita nakkan sesuatu yang mahal dan istimewa begitulah Allah nak suruh kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yang tercemar oleh debu,begitulah Allah tak nak aurat kita tercemar oleh pandangan kejahatan. Apa yang penting, Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna kerna Allah sayangkan kita. Allah terlalu sayangkan kita.


Kalau barang yang kita milik kita , apa yang kita sayang dan hargai tentu kita jaganya sebaik mungkin malah membalutnya,menudung dan menyampul sekemas-kemasnya. Begitulah juga salah satu cara Allah nak tunjukkkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat.Dengan tabir diri, kita akan terpelihara cantik, unggul dan istimewa.


Ingatlah selalu bahawa kita menutup aurat bukan kerana manusia tapi semata-mata kerana Allah. Jangan biar kata-kata manusia menjadi penghalang untuk meneruskan syariat Allah. Jangan biar kata manusia menyebabkan kita lemah untuk berusaha menutup aurat sesempurna mungkin mengikut ijtihad yang kita yakini. Biarlah kita tidak mendapat pandangan manusia asal pandangan Yang Maha Penyayang kita miliki. Cukuplah pandanganNya.

Tiada ulasan: