fahamilah kehendak Allah.....
Kehendak manusia:
Aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi orang pandai, nanti mudah untuk lulus periksa dan dapat degree. Orang tentu akan hormat padaku.
Kehendak Allah:
Walaupun engkau rajin belajar, belum tentu engkau lulus. Apakah engkau jamin kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu?Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau lebih pandai dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang lain dengan kepandaian yang engkau miliki itu. Kalau begitu, bukankah lebih selamat engkau menjadi orang tidak pandai?
Kehendak manusia:
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencari kekayaan.Nanti aku dan keluargaku tidak hina dipandangan masyarakat. Aku ingin berbakti kepada orang susah dan miskin. Aku akan membela pelajar-pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran.
Kehendak Allah:
Tapi Aku tidak izinkan engkau menjadi kaya. Aku mahu engkau tetap sederhana. Mana engkau jamin engkau bermurah hati untuk menghulurkan sedekah bila kaya nanti. Engkau lebih susah untuk mengawal nafsumu.Aku lebih mengetahui membuaat ukuran sejauh mana kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun rezeki yang Aku berikan tidak mencukupi, disitu ada didikan dan pengajaran yang mesti engkau pelajari.Tapi kalau kerana itu engkau tidak bersabar menerimanya, maka engkau memang seorang yang tidak bersyukur.
Kehendak manusia:
Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya aku mudah untuk beramal ibadah. Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid.Kalau murah rezeki pula, aku akan membawa keluargaku menunaikan haji
Kehendak Allah:
Walaupun engkau ingin tubuh badan yang sihat, tapi aku sengaja uji engkau dengan kesakitan. Adaakah engkau rasa kalau tubuh badanmu sihat, engkau boleh buat ibadah?Tapi Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat, engkau akan buat dosa, buat maksiat. Tapi kalau engkau sakit,barulah engkau beringat-ingat.
(Diambil dari majalah Perutusan Hawa,edisi ke 14.muka surat 24)
Ketahuilah ada hikmah disebalik setiap pekara yang berlaku yang mungkin kau ketahui dan mungkin juga ia akan dihijabkan dari pengetahuan engkau buat selama-lamanya.Ingatlah...mungkin apa yang kamu suka itu bukan yang terbaik untukmu dan mungkin apa yang kau tidak suka adalah yang terbaik untuk engkau.Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.Sentiasalah bersyukur terhadap semua nikmatnya dan juga semua dugaan yang Dia berikan...kerana dugaan itu ujian dan nikmat itu juga ujian.Hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan ini.
Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian,takkan di rasai kehambaan tanpa munajat,takkan dirasai keinsafan tanpa muhasabah..banyak mana ujian Allah,banyak itulah kasih sayangNya...
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Jumaat, 19 Jun 2009
Rabu, 18 Februari 2009
hanya kerana anjing
Seorang sufi menceritakan pengalamannya dalam perjalanan dalam bersama as-Syibli. Katanya,Aku berjalan berjalan bersama as-Syibli. Beliau baharu sahaja membeli sepotong kain untuk dijadikan sapu tangan. Dalam perjalanan itu beliau melihat bangkai seekor anjing,lalu beliau berkata kepadaku,”pakaikan pakai ini sebagai kafan,kemudian kuburkannya!”.
Aku segera m engangkat bangkai anjing itu dan aku letakkan di suatu tempat dan kain iu aku basuh. Setelah aku kembali beliau bertanya “Sudahkah engkau melaksanakan yang semestinya?”.
Aku menjawab,”Tidak!”.
Beliau diam dan aku pun bertanya,”Apakah sebabnya tuan menyuruh aku berbuat demekian?”
Beliau menjawab ,”Memang benar,kali pertama aku melihat bangkai anjing itu sangat memualkan,lalu aku dengar suara kecil hati kecilku mengatakan,`Bukankah kami yang menciptakannya?`. Kemudian aku menyuruh engkau mengkuburkan bangkai tersebut,sebagai kaffarah(denda) terhadap perasaan yang terlintas di hatiku.”
Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,bermaksud,”Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang nama asalnya adalah Yashkur. Akan tetapi,oleh sebab beliau sering menangisi kesalahanya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau,”Oleh sebab rintihanmu,maka namamu Aku ganti dengan Nuh.”
Para sahabat bertanya, “ Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing,lalu terdetik dalam hatinya`alangkah buruknya anjing itu`.Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan baginda supaya mencipta yang lebih baik daripada itu”.



Asthagrfirullah!..mereka hanya terlintas dihati mereka,tapi rasanya kita pernah menitikan kutukan pada makluk tersebut dari mulut kita sendiri.Mungkin antumna tidak pernah tapi ana pernah.Ana juga pernah mendengarnya dari mulut segelintir umat Islam. Pernah suatu ketika ana memuji anjng itu cute dan comel,tapi ada makhluk Allah membuat mimik muka menunjukkan rasa jijik yang teramat. Sejak kejadian itu membuat ana rasa serba salah untuk
memuji makhluk ini. Hina sangat ke anjing ni?. Walaupun ia hanya seekor anjing yang menjadi najis kepada umat Islam tetapi ia tidak bermakna kita layak menghina ciptaan Allah ini. Bukan anjing sahaja akan tetapi kita juga pernah menghina makhluk lain yang bukan najis,bahkan saudara kita sendiri! Tidakkah kita ingat bahawa ada hamba Allah yang dapat masuk ke Syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing kehausan dengan kasutnya sendiri.
Malahan ada yang membandingankan manusia dengan makhluk ini seakan-akan makhluk ini terlalu hina dipandangan manusia. Sehingga perbandigan ini menjadi perkara biasa untuk menunjukkan seseorang/kaum itu sesangat hina.Tetapi sedar tak kita bahawa makhluk ini lebih mulia dari manusia yang lalai mengingati Allah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dan mengulangi tiap-tiap satu tasbih masing-masing yang telah Allah ajarkan. Mereka juga tidak pernah melanggarfitrah mereka.Tapi kita?hanya bertasbih seusai solat dan sebelum tidur.Atau mungkin kadang-kadang apabila melihat keindahan Allah atau mendapat nikmat…Sewaktu kita ada masa walaupun seminit dua adakah kita akan berzikir(mengigati) padaNya?..ow mungkin ya,hanya apabila kita ingat sahaja..sesudah itu kita lupa kembali..Mungkin cerita ini sudah biasa didengari,tapi sudahkah kita mengamalkannya?Hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui.
Aku segera m engangkat bangkai anjing itu dan aku letakkan di suatu tempat dan kain iu aku basuh. Setelah aku kembali beliau bertanya “Sudahkah engkau melaksanakan yang semestinya?”.
Aku menjawab,”Tidak!”.
Beliau diam dan aku pun bertanya,”Apakah sebabnya tuan menyuruh aku berbuat demekian?”
Beliau menjawab ,”Memang benar,kali pertama aku melihat bangkai anjing itu sangat memualkan,lalu aku dengar suara kecil hati kecilku mengatakan,`Bukankah kami yang menciptakannya?`. Kemudian aku menyuruh engkau mengkuburkan bangkai tersebut,sebagai kaffarah(denda) terhadap perasaan yang terlintas di hatiku.”
Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,bermaksud,”Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang nama asalnya adalah Yashkur. Akan tetapi,oleh sebab beliau sering menangisi kesalahanya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau,”Oleh sebab rintihanmu,maka namamu Aku ganti dengan Nuh.”
Para sahabat bertanya, “ Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing,lalu terdetik dalam hatinya`alangkah buruknya anjing itu`.Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan baginda supaya mencipta yang lebih baik daripada itu”.



Asthagrfirullah!..mereka hanya terlintas dihati mereka,tapi rasanya kita pernah menitikan kutukan pada makluk tersebut dari mulut kita sendiri.Mungkin antumna tidak pernah tapi ana pernah.Ana juga pernah mendengarnya dari mulut segelintir umat Islam. Pernah suatu ketika ana memuji anjng itu cute dan comel,tapi ada makhluk Allah membuat mimik muka menunjukkan rasa jijik yang teramat. Sejak kejadian itu membuat ana rasa serba salah untuk
memuji makhluk ini. Hina sangat ke anjing ni?. Walaupun ia hanya seekor anjing yang menjadi najis kepada umat Islam tetapi ia tidak bermakna kita layak menghina ciptaan Allah ini. Bukan anjing sahaja akan tetapi kita juga pernah menghina makhluk lain yang bukan najis,bahkan saudara kita sendiri! Tidakkah kita ingat bahawa ada hamba Allah yang dapat masuk ke Syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing kehausan dengan kasutnya sendiri.Malahan ada yang membandingankan manusia dengan makhluk ini seakan-akan makhluk ini terlalu hina dipandangan manusia. Sehingga perbandigan ini menjadi perkara biasa untuk menunjukkan seseorang/kaum itu sesangat hina.Tetapi sedar tak kita bahawa makhluk ini lebih mulia dari manusia yang lalai mengingati Allah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dan mengulangi tiap-tiap satu tasbih masing-masing yang telah Allah ajarkan. Mereka juga tidak pernah melanggarfitrah mereka.Tapi kita?hanya bertasbih seusai solat dan sebelum tidur.Atau mungkin kadang-kadang apabila melihat keindahan Allah atau mendapat nikmat…Sewaktu kita ada masa walaupun seminit dua adakah kita akan berzikir(mengigati) padaNya?..ow mungkin ya,hanya apabila kita ingat sahaja..sesudah itu kita lupa kembali..Mungkin cerita ini sudah biasa didengari,tapi sudahkah kita mengamalkannya?Hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui.
Labels:
tazkirah
Langgan:
Catatan (Atom)



