Memaparkan catatan dengan label النساء~(^_^)~wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label النساء~(^_^)~wanita. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Jun 2009

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI


Sebenarnya artikel ini dipetik didalam iLuvislam.com..sila lawari laman ini untuk membaca artikel asal = https://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1525.Untuk pengetahuan pembaca tulisan berwarna biru adalah komen atau pendapat pembaca yang membaca dari atikel asal yang ana copy kerana tertarik dan mempunyai pendapat yang sama dengan pembaca tersebut.

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
www.iluvislam.com
mufidah
azzahra_solehah


Berikut adalah tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

2.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! (maksudnya tegas bukan lemah-lebut sangat dan bukannya terlalu keras sehingga menyinggung perasaan lelaki beriman.pertengahan/sederhana)

Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

(komen dari mardhiafariha).tentang tutup muka dengan buku...bagi saya untuk permulaan takperlu... taaruf itu penting..jika sang lelaki tidak menjaga batasnya barulah cara ini praktikal..takkan nak cakap dgn pensyarah pun kene tutup muka... penting untuk mudir mengenali ank muridnya... jadi... tengoklah situasi...jika keadaan perlu...PRAKTIKKAN! yang penting syariat tetap diamalkan!!! cuba bayangkan kalau semua muslimat tutp muka....siapa aishah? siapa zainab? siapa fatimah? jadi.. bersederhanalah...islam itu mudah tapi jangan ambil mudah..

(pandangan yoshitsune).......bagi ana, sekadar nampakkan yang kite bagi perhatian udah ler. xperlu pandang mata. tapi nak pandang mata pn leh jer asalkan xberlebihan. pk balik, kalo nak kawin pn kn tgk gak kan, tapi belum tntu kawin tyme tuh. so camner plak tuh?

ana penah buat biler muslimat tanya satu soklan ngan ana dari bahagian kiri ana, ana xpandang mata langsung, muka pun ana xberganjak. just cakap dalam keadaan muka tegak kehadapan sedangkan penanya berada di bahagian kiri. maka hasilnye, dapatla ana kutukan dan sumpah seranan dari muslimat tuh. short word dia = sombong n mmg menyakitkan hati. so ana da wat kesimpulan yang ana akan pandang mata sekadar perlu jer biler bercakap n akan mengeruhkan muka (buat2 berfikir la) bile berkomunikasi. biar jelas keseriusan kite dalam berkomunikasi

sabda nabi '' ada 4 golongan yang bila kamu beri hormat yang berlebihan, pasti dia akan menginjak kepala kamu. salah satu darinye ialah wanita. (xkire la solehah atopn yang xberape nak solehah). tetamu, orang yang lalu lalang di jalanan n lagi satu ana luper. harap paham2 la. pmpn fitnah biler xterjaga. biler terjaga = fitrah... amin.. ambil pedoman dari yang hidup

(pendapat dari abu_humaira)saya agak tidak sependapat di dalam point yg ke 4 kerana bukan semua pandangan itu haram...

menurut yusuf Qardhawi, maksud ayat 30-31 surah An Nuur, Allah menggunakan perkataan "min" yang membawa maksud sebahagian, iaitu sebahagian pandangan...dari situ di ambil maksud bahawa bukan semua pandangan itu haram...ulama' meletakkan beberapa kondisi di mana pandangan kepada bukan sejenis menjadi tidak haram:

1) Ketika belajar

2) Doktor kepada pesakit

3) Dalam urusan jual beli

4) Dalam membincangkan maslahat ummat

5) etc (sy x berapa ingat, asif)

Makanya, jangan kita mempersempitkan urusan ini ketika mana Allah telah memudahkannya....Dan untuk ayat 53 surah al Ahzab yg berkaitan tabir untuk para isteri Nabi, jumhur mengatakan ayat itu khusus untuk isteri nabi shj dan bukan kepada muslimat secara amnya...Bagi orang yang mempersempitkan isu ini (menundukkan pandangan), yusuf Qardhawi meninggalkan satu soalan untuk kalian...."Apakah syariat Allah masih belum sempurna sehingga kamu perlu mempersempitkannya?"wallhua'lam.

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

( komen dari mardhiafariha)tentang buat cepat2.. ianya nampak sgt seperti kita tak komited dalam tugasan..isikan perbincangan itu dengan perkara yang berfaedah sahaja dan berkaitan dengan tugasan..bukankah seorang muslim patut mmbuat pekrjaan dgn bersgguh3. cuba kawal perbincangan jangan sampai malalut dengan berhikmah..muslimin juga patut ambil peranan. bukankah ramai sahabat selalu merujuk pada saydatina aishah tntg hadis nabi.... adakah aishah akan buat2 x peduli dan cpt tgglkan org yg bertanya padanya....bersederhanalah..

6.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.





BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN

KECANTIKAN ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN AKHLAK DAN KATINGGIAN ILMU,BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA

Wanita, Allah ciptakan kamu dgn satu keindahan yg cukup mempersonakan... jd jagalah setiap detik langkahmu dan adabmu...Wanita, kau diciptakan dari rusuk nabi adam... bukan di kepala utk dijunjung dan bukan di kaki utk dibuat alas... tp dekat dgn hati utk dikasihi dan disayangi...Namun hakikatnya, kita harus menyedari bahawa, mencari wanita solehah pd hari ini.. amat sukar

buat sahabiah, jagalah diri anda sebaiknye..andalah permata islam yg sangat berharga....buat muslimin plak, cubelah fahami seseorg akhowat itu kalau die cube menjaga batasan pergaulan sebaiknye.... pesanan buat diri ini juga yang serba kekurangan... segala teguran amat dialu-alukan...

Salam...Ape2 pun kte sbagai org Islam kna yakin dgn ape yg kte wat...Kna yakin ape yg kte wat selalu dilihatNYA...n tuntutlah ILMU sehingga sentiasa sbb smkin byk kte mnuntutmaka smkin kte taw betapa byknya kebodohan kte...


tetapi ingatlah...Sesungguhnya, yang lebih bijak antara kamu adalah yang lebih hikmahnya.Lihatlah, kamu menjalankan suatu hukum Allah dan meninggalkan yang lain. Sesungguhnya tuhan mu tidak suka kepada orang2 yang melampaui batas.Sesungguhnya pada muhammad itu adalah contoh tauladan yang baik.

Isnin, 13 April 2009

Tanda kasih sayang Allah pada wanita

Jika diberi pilihan sama ada ingin memilih antara dua buah jam, satunya dalam bekas kaca yang berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah yang tidak tertutup. Yang mana satu yang akan dipilih?

Pastinya akan memilih yang tertutup bukan?jika jam yang tidak tertutup tentunya banyak debu yang melekat.Yang telah dibelek-belek orang, hilang serinya. Malahan telah menjadi tontonan semua orang, hilang keunikannya. Harganya pastinya murah, tidak ada ‘class’.


Jika memilih jam yang tertutup dengan kain baldu,walaupun mahal tapi berbaloi. Yang mahal ini selalunya berkualiti,tertutup,dibungkus,dijaga rapi bukan hanya berlambak dalam rak di pasaran.


Begitulah juga seorang muslimah,mereka berusaha memilih pakaian menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan mereka. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpilihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi.


Kalau kita nakkan sesuatu yang mahal dan istimewa begitulah Allah nak suruh kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yang tercemar oleh debu,begitulah Allah tak nak aurat kita tercemar oleh pandangan kejahatan. Apa yang penting, Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna kerna Allah sayangkan kita. Allah terlalu sayangkan kita.


Kalau barang yang kita milik kita , apa yang kita sayang dan hargai tentu kita jaganya sebaik mungkin malah membalutnya,menudung dan menyampul sekemas-kemasnya. Begitulah juga salah satu cara Allah nak tunjukkkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat.Dengan tabir diri, kita akan terpelihara cantik, unggul dan istimewa.


Ingatlah selalu bahawa kita menutup aurat bukan kerana manusia tapi semata-mata kerana Allah. Jangan biar kata-kata manusia menjadi penghalang untuk meneruskan syariat Allah. Jangan biar kata manusia menyebabkan kita lemah untuk berusaha menutup aurat sesempurna mungkin mengikut ijtihad yang kita yakini. Biarlah kita tidak mendapat pandangan manusia asal pandangan Yang Maha Penyayang kita miliki. Cukuplah pandanganNya.

Sabtu, 28 Februari 2009

kisah dua bidadari

Hari ini ana nak post sebuah cerita yang ana petik dari majalah Hundred80̊_2008 special editon. Majalah ini telah dihadiahkan oleh sahabat ana,Hasnin Najihah^_^.syukran hasnin,pemberian anti sangat berharga! Majalah ini sebenarnya adalah hasilan titik peluh kelab islamic Arts Club dari kolej Mara Banting untuk menyebar mutiara dakwah … tapi rasanya tidak salah ana berkongsi bersama insan-insan yang lain.. lagi pun ketua editor 180̊ yang cakap”semoga segala yang baik daripada Allah di dalam majalah ini disebarkan kepada insan-insan yang lain”. Bagi ana artikel ni sangat istimewa kerana ana suka pendekatan kakak dalam kisah ini menjawab persoalan adik. Caranya sangat lembah lembut dan berhikmah serta reliven dengan keadaan sekarang. Moga sama-sama dapat kita petik kebaikan dari artikel ini. InsyaAllah
Bertanya si adik pada sang bidadari berwajah manusia…
“Wahai kakakku, kenapa lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja?”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,” Wahai adikku.bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai diguna sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi ‘izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.”

Si adik tidak puas hati. Lalu dipertikaikan lagi,”Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.”Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya?Wahai para lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tunduklah pandanganmu, dan tutuplah auratmu(rujuk kembali surah AnNur ayat 30 dan31). Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hambanya yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mugkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupa pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu,mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita yang suci. Namun…wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jika kalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesugguhnya wanita yang beriman yang soleh itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.”

Adik masih tidak puas hati.”Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah manusia mengutum senyum penuh makna. Adus,semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!”Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-Haya’nya lebur,imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasa diri tidak cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku..wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.”

Adik mengaru-garu kepala.”Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Wahai adikku, dizaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga lihat pada hatinya…pada akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan toleh. Namun adikku..jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana dalam hati-hati mereka tetap ada satu permata indah..perasaan cinta pada Allah..kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada pada jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang-kadang ‘term’ solehah itu terasa berat dibahu mereka..kadang mereka takut pada persepsi wara’ dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada ‘stage’ yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa..Allah tidak menjadikan makhluk(ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. Bila mana dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam..Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini…Ditinggikan martabat golongan Hawa ini..tapi sayang..golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan…
Wahai adikku..1001 keindahan penciptaan wanita…pandai-pandailah dikau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir…..
Wahai adikku..wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah…tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya..mungkin bukan di dunia..tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia..asalkan bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang sangat besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.Wahai adikku..sesungguhnya tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!..Alangkah bertuah dirimu adik..Dan aku?hanya bidadari berwajah manusia…berhakkah menjadi bidadari syurga?Wallahu’alam.