
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,” Wahai adikku.bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai diguna sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi ‘izzah’ yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.”
Wahai adikku, dizaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga lihat pada hatinya…pada akhlaknya…
Wahai adikku..wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah…tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya..mungkin bukan di dunia..tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia..asalkan bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.”


memuji makhluk ini. Hina sangat ke anjing ni?. Walaupun ia hanya seekor anjing yang menjadi najis kepada umat Islam tetapi ia tidak bermakna kita layak menghina ciptaan Allah ini. Bukan anjing sahaja akan tetapi kita juga pernah menghina makhluk lain yang bukan najis,bahkan saudara kita sendiri! Tidakkah kita ingat bahawa ada hamba Allah yang dapat masuk ke Syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing kehausan dengan kasutnya sendiri.Jika hati sukar menerima hidayah daripada Allah..serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat meleburkan dosa-doa dan mendapat keampunanNya jua..