Aku segera m engangkat bangkai anjing itu dan aku letakkan di suatu tempat dan kain iu aku basuh. Setelah aku kembali beliau bertanya “Sudahkah engkau melaksanakan yang semestinya?”.
Aku menjawab,”Tidak!”.
Beliau diam dan aku pun bertanya,”Apakah sebabnya tuan menyuruh aku berbuat demekian?”
Beliau menjawab ,”Memang benar,kali pertama aku melihat bangkai anjing itu sangat memualkan,lalu aku dengar suara kecil hati kecilku mengatakan,`Bukankah kami yang menciptakannya?`. Kemudian aku menyuruh engkau mengkuburkan bangkai tersebut,sebagai kaffarah(denda) terhadap perasaan yang terlintas di hatiku.”
Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,bermaksud,”Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang nama asalnya adalah Yashkur. Akan tetapi,oleh sebab beliau sering menangisi kesalahanya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau,”Oleh sebab rintihanmu,maka namamu Aku ganti dengan Nuh.”
Para sahabat bertanya, “ Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing,lalu terdetik dalam hatinya`alangkah buruknya anjing itu`.Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan baginda supaya mencipta yang lebih baik daripada itu”.



Asthagrfirullah!..mereka hanya terlintas dihati mereka,tapi rasanya kita pernah menitikan kutukan pada makluk tersebut dari mulut kita sendiri.Mungkin antumna tidak pernah tapi ana pernah.Ana juga pernah mendengarnya dari mulut segelintir umat Islam. Pernah suatu ketika ana memuji anjng itu cute dan comel,tapi ada makhluk Allah membuat mimik muka menunjukkan rasa jijik yang teramat. Sejak kejadian itu membuat ana rasa serba salah untuk

Malahan ada yang membandingankan manusia dengan makhluk ini seakan-akan makhluk ini terlalu hina dipandangan manusia. Sehingga perbandigan ini menjadi perkara biasa untuk menunjukkan seseorang/kaum itu sesangat hina.Tetapi sedar tak kita bahawa makhluk ini lebih mulia dari manusia yang lalai mengingati Allah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dan mengulangi tiap-tiap satu tasbih masing-masing yang telah Allah ajarkan. Mereka juga tidak pernah melanggarfitrah mereka.Tapi kita?hanya bertasbih seusai solat dan sebelum tidur.Atau mungkin kadang-kadang apabila melihat keindahan Allah atau mendapat nikmat…Sewaktu kita ada masa walaupun seminit dua adakah kita akan berzikir(mengigati) padaNya?..ow mungkin ya,hanya apabila kita ingat sahaja..sesudah itu kita lupa kembali..Mungkin cerita ini sudah biasa didengari,tapi sudahkah kita mengamalkannya?Hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan